Australia melaporkan kematian pertama pada Sabtu selepas beberapa banjir besar melanda, walaupun hujan lebat dan banjir mula surut di kawasan tenggara negara itu.
Ratusan pemilik rumah mula melakukan kerja membersih selepas air ribut membanjiri jalan, rumah dan kereta di tiga negeri dengan kawasan pinggir bandar Melbourne adalah yang paling teruk terjejas.
Mangsa banjir itu dikenal pasti sebagai lelaki berusia 71 tahun yang “ditemui meninggal dalam air banjir di belakang rumahnya” di bandar Rochester, utara Melbourne.
“Pekerja sedang berada di tempat kejadian dan polis sedang cuba memasuki hartanah itu yang masih ditenggelami air banjir,” kata polis.
“Punca kematian masih belum dapat disahkan.”
Hampir 466 buah rumah ditenggelami banjir, menurut ketua menteri Victoria Dan Andrews. “Hampir pasti yang jumlah ini akan bertambah kerana banjir masih berlaku di kebanyakan komuniti,” katanya.
Pesisir pantai timur Australia kerap dilanda hujan lebat sejak dua tahun lalu, didorong oleh kitaran La Nina.
Banjir yang berlaku pada Mac lepas disebabkan hujan ribut di Queensland dan New South Wales mengorbankan lebih 20 orang.
Puluhan ribu penduduk Sydney pula diarahkan berpindah pada Julai selepas banjir melanda kawasan pinggir bandar kota itu.
Perubahan iklim tidak menyebabkan La Nina, tetapi ahli sains percaya ia boleh menjadikan banjir lebih buruk berlaku. – AFP, 15 Oktober, 2022.
Komen