SATU rangka manusia ditemui di luar taman tema Universal Studios Jepun, kata polis pada Sabtu, selepas menjalankan carian susulan penemuan tengkorak sebelumnya.
Pada Rabu, kakitangan Universal Studios menemui tengkorak dan tulang lain, ketika sedang menyelenggara taman tema popular di Osaka itu.
Sepuluh anggota polis kemudiannya melakukan misi mencari dengan dua ekor anjing pengesan dan menemui rangka tersebut, menurut seorang pegawai yang bercakap kepada AFP atas dasar kerahsiaan.
“Kami menemui rangka dan seluar dengan tali pinggang lelaki di kawasan sama,” kata pegawai itu kepada AFP.
Polis akan menjalankan analisis minggu depan untuk mengenal pasti jantina dan umur mangsa, tambahnya.
Universal Studios Jepun dilancarkan pada 2001 sebagai taman tema Universal Studios pertama di luar AS dan menjadi tarikan utama pelancong. – AFP, 15 Oktober, 2022.
Komen