.jpg)
WALL Street Journal (WSJ) telah menerbitkan tuduhan baru berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Menurut WSJ, penyumbang utama Republikan Elliott Broidy dan isterinya, peguam Robin Rosenweig mengadakan perbincangan dengan Jho Low tentang kontrak perundingan.
Broidy dilaporkan rapat dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump. Artikel WSJ mendakwa bahawa salah satu terma kontrak adalah yuran AS$75 juta sekiranya Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) menghentikan siasatan skandal 1MDB.
Dikatakan Broidy juga menyediakan nota percakapan (talking point) untuk Perdana Menteri Najib Razak untuk lawatan Najib ke Washington DC pada 2017 di mana beliau bertemu Trump.
Broidy, di samping firma guaman Rosenweig, Colfax Law Office Inc., telah menafikan mewakili Malaysia atau pemimpinnya di atas sebarang kapasiti.
Namun, mereka mengakui firma mereka telah dilantik Pras Michel, sahabat Low, “untuk memberikan nasihat strategik sebagai pasukan yang lebih besar kepada En. Low.”
Pendedahan ini dibuat selepas rampasan kapal layar Jho Low di Bali, ini membawa skandal 1MDB kembali dalam tumpuan. Dengan pihak berkuasa seluruh dunia memberi fokus kepada skandal ini, kita wajib bertanya: apa yang dibuat pihak berkuasa Malaysia? – 2 Mac, 2018.
*Nik Nazmi Nik Ahmad adalah Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH) merangkap Ketua Angkata Muda Keadilan.
* Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan rasmi The Malaysian Insight.
Komen
Dimuat naik 8 tahun yang lalu oleh Tanahair Ku · Ulasan