ARAB Saudi pada Sabtu mengumumkan bantuan kemanusiaan berjumlah AS$400 juta kepada Ukraine, lapor agensi berita rasmi SPA, menambah yang Putera Mahkota Mohammed bin Salman teleh membuat panggilan telefon Presiden Volodymyr Zelensky.
Putera itu menekankan “pendirian kerajaan untuk menyokong semuanya yang akan menyumbang kepada kelonggaran tekanan, dan ketersediaan kerajaan untuk meneruskan usaha meditasi,” lapor SPA.
Arab Saudi bulan lepas tanpa dijangka memainkan peranan pemudah cara dalam penukaran tahanan antara Moscow dan Kyiv.
Perang Ukraine, bagaimanapun, meningkatkan tekanan antara Arab Saudi dan Amerika Syarikat selepas negara itu menolak tekanan untuk meningkatkan pengeluaran minyak bagi meredakan krisis tenaga kesan perang itu.
Negara itu berdepan tekanan dari Washington selepas kumpulan pengeksport minyak Opec diterajui Arab Saudi bersetuju untuk membuat pemotongan pengeluaran drastic antara Rusia dan sekutunya, yang boleh menyebabkan harga sumber tenaga melonjak lebih tinggi.
Washington menuduh Opec+ bersekutu dengan Moscow dan pada Rabu, Presiden Joe Biden mengugut akan ada “kesan buruk” kepada Arab Saudi. – AFP, 15 Oktober, 2022.
Komen