SEKURANG-kurangnya lapan murid maut manakala tiga lagi masih hilang di Kemboja selepas bot dinaiki karam di Sungai Mekong.
Kesemua mereka dalam perjalanan pulang dari kelas bahasa Inggeris, kata polis.
Ketu polis tempatan, Am Thou berkata bot kecil yang terlebih muatan itu karam kira-kira 50 meter dari destinasinya di wilayah tenggara Kandal lewat petang semalam.
“Kemalangan ini menyedihkan. Lapan pelajar maut dan tiga pelajar masih hilang,” katanya kepada AFP.
Semua mangsa berusia antara 12 dan 15 tahun, tambahnya.
Am Thou berkata dua pengendali bot dan dua pelajar berjaya diselamatkan.
Perdana Menteri Kemboja Hun Sen dalam satu catatan di Facebook mrngucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan menggesa orang ramai supaya berhati-hati ketika banjir besar yang menyebabkan paras Sungai Mekong naik.
Pada 2009, sebuah feri terbalik di timur laut Kemboja, meragut nyawa sekurang-kurangnya 17 penumpang. – AFP, 14 Oktober, 2022.
Komen