Stesen angkasa lepas China anjur kuliah Tiangong fasa ke-3


Angkasawan kapal angkasa Shenzhou-14 China Chen Dong, Liu Yang dan Cai Xuzhe yang kini dalam misi menjelajah angkasa mengadakan "Kuliah Tiangong" fasa ketiga. – Gambar EPA, 13 Oktober, 2022.

ANGKASAWAN kapal angkasa Shenzhou-14 China Chen Dong, Liu Yang, dan Cai Xuzhe yang kini dalam misi menjelajah angkasa mengadakan “Kuliah Tiangong” fasa ketiga untuk golongan belia pada pukul 4.01 petang Rabu.

Buat julung kalinya kuliah itu diadakan secara langsung dari makmal Wentian.

Sepanjang 50 minit kuliah itu berlangsung ketiga-tiga angkasawan berkesempatan berkongsi pengalaman mengenai aktiviti rutin yang mereka jalani.

Mereka turut menjelaskan mengenai prinsip saintifik berkaitan penyelidikan melibatkan eksperimen kesan kapilari, getaran campuran cecair dan cecair pepejal, meminum air menggunakan penyedut sangat panjang serta sepana yang boleh berputar dan terbalik.

Selain itu tiga angkasawan itu turut memperkenalkan kajian tentang tumbesaran padi dan arabidopsis thalianaa di stesen angkasa lepas.

Kira-kira 400 murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah berpeluang mengikuti “Kuliah Tiangong” dari Pusat Teknologi dan Kejuruteraan bagi Penggunaan Angkasa Akademi Sains China (CSU).

Kuliah itu turut diiikuti oleh murid dan pelajar di provinsi Shandong, Henan dan Yunnan.

Difahamkan “Kuliah Tiangong” akan terus dianjurkan pada masa akan datang bertujuan mendedahkan golongan belia mengenai ilmu aeroangkasa termasuk berkaitan proses pembinaan dan pengoperasian stesen angkasa lepas China. – Bernama, 13 Oktober, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen