KERAJAAN United Kingdom (UK) mengerah polis bersenjata dan kapal sokongan milik tentera laut diraja untuk ke wilayahnya di Caribbean iaitu Turks dan Caicos untuk mengekang “keganasan geng penjenayah”.
London berkata pakar senjata api yang terlatih dan kapal senjata dihantar ke sana selepas keganasan berlaku menyaksikan 15 insiden tembakan sejak awal September.
Seorang pelancong warga Amerika Syarikat (AS) yang juga aktivis hak asasi manusia, antara mangsa terbaru selepas sekumpulan penembak melepaskan tembakan dari sebuha kenderaan dalam insiden pada hujung minggu lalu.
Lonjakan keganasan di wilayah itu dipercayai ada kaitan dengan kedatangan geng jenayah terancang dari tempat lain di Caribbean, menurut Pejabat Pembangunan Luar Negara dan Komanwel di London.
UK yang bertanggungjawab atas keselamatan 50,000 penduduk di kepulauan itu berkata pegawai polis dari pulau berjiran, Bahamass sudah pun dikuatkuasakan sejak Jumaat. – AFP, 12 Oktober, 2022.
Komen