KIRA-KIRA 909,000 penduduk dilaporkan terjejas akibat banjir di Selatan Sudan, menurut laporan agensi kecemasan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam, dua kali ganda lebih tinggi berbanding anggaran mangsa dikeluarkan minggu lalu.
Negara itu dilimpahi hujan lebat dengan banjir kini menjejaskan sembilan daripada 10 negeri, kata Pejabat Penyelaras Hal Ehwan Kemanusiaan (OCHA) dalam satu nota taklimat.
“Dilaporkan banjir memusnahkan ternakan dan tamana, menghanyutkan jalan raya dan jambatan, sekolah, rumah dan pusat kesihatan turut musnah; sumber air turut tercemar dan penduduk berdepan risiko wabak bawaan air,” kata OCHA.
Usaha sedang dijalankan tanpa henti bagi membaiki kawasan memerlukan dan memantau kawasan yang terdedah kepada banjir, katanya.
Di Bahr el Ghazal, hujan lebat menyebabkan jambatan utama runtuh, akibatnya bantuan tidak dapat dihantar kepada mangsa.
Empat perlima daripada 11 juta populasi Sudan hidup dalam kemiskinan, menurut Bank Dunia pada 2018 dan mereka hidup dalam kebuluran. – AFP, 12 Oktober, 2022.
Komen