India, UAE bincang perdagangan 2 hala guna mata wang negara


UAE-India berbincang mengenai usaha mengembangkan perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara. – Gambar AFP, 11 Oktober, 2022.

INDIA dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) berbincang untuk menggunakan mata wang negara mereka bagi perdagangan dua hala ketika kedua-dua pihak berusaha untuk meluaskan hubungan ekonomi. 

Menteri Perdagangan India Piyush Goyal dan Ahli Majlis Eksekutif Abu Dhabi Sheikh Hamed Bin Zayed Al Nahyan pada Selasa mempengerusikan mesyuarat jawatan kuasa perniagaan UAE-India di Mumbai untuk membincangkan mengenai usaha mengembangkan perdagangan dan pelaburan.

“Satu bidang penting yang dibincangkan ialah mewujudkan mekanisme untuk menjalankan perdagangan dua hala dalam mata wang negara,” menurut Kementerian Perdagangan India dalam satu kenyataan.

Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif India-UAE (CEPA) yang berkuat kuasa pada Mei tahun ini bertujuan meningkatkan perdagangan bukan minyak dua hala daripada AS$60 bilion kepada AS$100 bilion setahun dalam tempoh lima tahun akan datang. – Bernama, 11 Oktober, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen