Mangsa taufan Ian kini 100 di Florida


Rumah, restoran dan premis perniagaan musnah apabila taufan Ian membadai di pantai di Florida sebagai taufan kategori 4 pada 26 September. – Gambar EPA, 11 Oktober, 2022.

JUMLAH kematian taufan Ian, antara ribut paling kuat pernah melanda Amerika Syarikat (AS) kini meningkat kepada 100 orang di Florida saja semalam, kata pihak berkuasa.

Rumah, restoran dan premis perniagaan musnah apabila Ian membadai di pantai sebagai taufan kategori 4 pada 26 September.

Jumlah kematian rasmi kini 102 di seluruh Florida, kata Suruhanjaya Pemeriksa Perubatan Florida.

Lima lagi mati di Carolina Utara, kata pihak berkuasa.

Selepas menyebabkan tanah runtuh, Ian merentasi Florida dan menuju Laut Atlantik sebelum menuju ke pantai sekali lagi, kali ini di pantai Carolina Selatan.

Piha berkuasa berkata tempoh memulihkan Florida mungkin mengambil masa berbulan-bulan dengan kos AS$50 bilion atau lebih.

Ian antara taufan paling berbahaya pernah melanda AS pada abad ini.

Pada 2005, taufan Katrina menyebabkan tanah runtuh di AS, memusnahkan New Orleans dan menyebabkan 1,8000 maut dan kerugian berbilion ringgit.

Sejak itu, ribut petir Sandy pernah melanda AS pad a2012, meninggalkan kemusnahan dan 120 maut.

Taufan Irma pada 2017 menyebabkan 120 kemalangan berkaitan taufan ketika ia melanda tenggara AS, tidak lama selepas taufan Harvey memusnahkan Texas, menyebabkan berpuluh-puluh orang maut. – AFP, 11 Oktober, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen