PRESIDEN Ukraine Volodymyr Zelensky mendedahkan Rusia menyerang infrastruktur tenaga di beberapa bandar Ukraine pada Isnin termasuk menggunakan dron buatan Iran.
“Pagi ini amat sukar. Kami berdepan dengan teroris. Berpuluh-puluh misil dan dron Iran. Mereka sasarkan dua perkara.
“Fasiliti tenaga di seluruh negara…Mereka mahu kita panik dan guru-hara, mereka mahu musnahkan tenaga kita,” kata Zelensky melalui rakaman video di sosial media.
Beliau sempat menambah sasaran kedua Rusia adalah rakyat Ukraine itu sendiri. – AFP, 10 Oktober, 2022.
Komen