Portugal labur €3 bilion tangani inflasi tenaga


Portugal akan suntik dana €3 bilion untuk sistem elektrik dan gas bagi membendung inflasi harga tenaga negara itu. – Gambar AFP, 10 Oktober, 2022.

PORTUGAL akan menyuntik dana €3 bilion (AS$2.92 bilion) untuk sistem elektrik dan gas bagi membendung inflasi harga tenaga, menurut perjanjian “Social Concertation” yang ditandatangani dengan entiti sosial pada Ahad, lapor Xinhua.

Menurut dokumen yang didedahkan Agensi Berita Portugis Lusa, kerajaan komited untuk menerima pakai langkah baharu bagi mengurangkan peningkatan kos membabitkan isi rumah dan syarikat.

Objektif “Social Concertation” yang ditandatangani antara kerajaan dan konfederasi majikan terbesar Portugis itu bertujuan meningkatkan pendapatan, gaji dan daya saing usahawan dalam jangka masa sederhana.

Pihak Berkuasa Kawal Selia Perkhidmatan Tenaga (ERSE) juga akan mengurangkan sekitar €40 per megawatt per jam (MWj) untuk syarikat yang menggunakan gas iaitu penjimatan sekitar 20 hingga 30 peratus berbanding harga yang dijangkakan pada 2023, menurut perjanjian itu. – Bernama, 10 Oktober, 2022.              


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen