Putrajaya tarik balik larangan eksport ayam ke Singapura, kata laporan


Mei lalu, Putrajaya umum eksport ayam sebanyak 3.6 juta ekor sebulan dihentikan bermula 1 Jun sehingga harga dan pengeluaran ayam kembali stabil. – Gambar fail The Malaysian Insight, 10 Oktober, 2022.

LARANGAN eksport ayam segar ke Singapura akan ditarik balik bermula esok, lapor Channel News Asia (CNA).

Laporan memetik kenyataan Agensi Makanan Singapura (SFA) menyebut penarikan balik sekatan itu telah dimaklumkan secara rasmi oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia.

“Kami mengalu-alukan penyambungan semula import ayam hidup dan sedang memohon butiran lanjut,” kata SFA dipetik CNA.

Mei lalu, Putrajaya umum eksport ayam sebanyak 3.6 juta ekor sebulan dihentikan bermula 1 Jun sehingga harga dan pengeluaran ayam kembali stabil.

Pada pertengahan Jun, kerajaan membenarkan sekurang-kurangnya pengimport dari Singapura untuk membawa masuk ayam kampung dan ayam hitam hidup dari Malaysia. – 10 Oktober, 2022.     


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen