Parti Sosial Demokrat dijangka menang pilihan raya negeri Jerman


Parti Sosial Demokrat (SPD) pimpinan Canselor Jerman Olaf Scholz dijangka memenangi pilihan raya negeri di utara Lower Saxony dan mengukuhkan lagi pengaruh politiknya di negara itu. – Gambar EPA, 10 Oktober, 2022.

PARTI Sosial Demokrat (SPD) pimpinan Canselor Jerman Olaf Scholz dijangka memenangi pilihan raya negeri di utara Lower Saxony dan mengukuhkan lagi pengaruh politiknya di negara itu, menurut ramalan terkini pada petang semalam.

Bagaimanapun tinjauan penyiar awam ARD dan ZDF menunjukkan SPD hanya memperoleh 32.7 hingga 33.3 peratus undi, penurunan ketara berbanding 36.9 peratus ketika pilihan raya 2017.

Pilihan raya itu dilihat sebagai penanda aras terhadap kepimpinan Scholz selepas hampir setahun menjawat jawatan itu, lapor Agensi Anadolu.

Kesatuan Demokratik Kristian hanya memperoleh kira-kira 28 peratus undi, pencapaian terburuk dalam tempoh lebih 60 tahun.

Sebaliknya parti The Greens hampir menggandakan jumlah undian untuk berada di tempat ketiga dengan 14 hingga 14.3, meningkat berbanding 8.7% pada lima tahun lalu. – Bernama, 10 Oktober, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen