Kim Jong Un pantau pelancaran peluru berpandu Korea Utara


KCNA melaporkan tujuh peluru berpandu yang dilancarkan baru-baru ini dipantau pemimpin republik Korea Utara Kim Jong-un. – Gambar AFP, 10 Oktober, 2022.

TUJUH peluru berpandu yang dilancarkan Korea Utara baru-baru ini dipantau pemimpin republik itu Kim Jong-un, lapor media kerajaan.

Agensi Berita Pusat Korea (KCNA) dalam laporannya berkata kesemua pelancaran tersebut adalah latihan taktikal nuklear, sebahagian daripada rancangan pembangunan pertahanan lima tahun yang digariskan Kim pada kongres parti pada Januari 2021.

Jepun, Korea Selatan dan Amerika Syarikat beberapa minggu lalu meningkatkan gabungan latihan tentera laut, mencetus kemarahan Pyongyang yang melihatnya sebagai latihan pencerobohan.

Susulan itu, Korea Selatan melihat ujian peluru berpandu baru-baru ini adalah tindak balas yang wajar ke atas tindakan tiga negara berkenaan, serta sebagai ‘simulasi perang sebenar’, kata KCNA.

Menurut agensi itu, tujuh ujian itu, yang didakwa sebagai ‘pelancaran latihan unit operasi taktikal nuklear’, membenarkan pasukan nuklear Korea Utara mempamer keberkesanan militan dan keupayaan perang sebenar mereka. – AFP, 10 Oktober, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen