9 sekeluarga maut, bumbung rumah runtuh di Pakistan


SEKURANG-KURANGNYA sembilan sekeluarga dilaporkan terkorban selepas bumbung rumah mereka runtuh di utara Pakistan pada Ahad, menurut polis dan media tempatan.

Insiden itu berlaku di pinggir daerah terpencil Chilas, terletak kira-kira 376 kilometer dari Islamabad, lapor Agensi Anadolu.

Mangsa seorang ibu dan lapan anaknya termasuk empat perempuan.

Semua mayat dikeluarkan dari runtuhan, lapor penyiar tempatan Geo News.

Perdana Menteri Shehbaz Sharif menzahirkan rasa dukacita terhadap insiden itu. – Bernama, 9 Oktober, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen