Amerika Tengah, Colombia keluar amaran Taufan Julia


Pusat taufan berkedudukan 55 batu dari Pulau Providencia dan hampir 175 batu dari Bluefields setakat jam 2100 GMT pada Sabtu. – Gambar AFP, 9 Oktober, 2022.

AMARAN dikeluarkan di Amerika Tengah dan Colombia pada Sabtu ketika ribut Taufan Julia menghampiri Caribbean, dengan risiko menjadi ribut besar sebelum melanda Nicaragua, kata pihak berkuasa.

Di bandar Bluefields, pesisir Nicaragua, yang dijangka dilanda taufan itu, nelayan sedang sibuk memastikan keselamatan bot mereka dan orang ramai mula membeli simpanan makanan dan mengeluarkan wang daripada ATM.

Pusat taufan berkedudukan 55 batu dari Pulau Providencia dan hampir 175 batu dari Bluefields setakat jam 2100 GMT pada Sabtu, kata Pusat Taufan Nasional (NHC) di Miami.

“Pusat taufan Julia dijangka mencapai pesisir Nicaragua malam ini, melintasi Nicaragua pada Ahad sebelum bergerak ke pesisir Pasifik di Honduras, El Salvador dan Guatemela pada Isnin,” kata NHC.

Dengan angin berkelajuan 70 batu sejam dan dijangka bertambah, kata NHC lagi.

Ribut lebat daripada ribut itu juga dijangka menyebabkan banjir dan tanah runtuh.

Julia dijangka melanda Amerika Tengah kurang dua minggu selepas Taufan Ian melanda Florida, AS, salah satu kejadian terburuk dalam sejarah negara itu.

Taufan Kategori 4 itu membinasakan kawasan kediaman di Sunshine Stae dengan lebih 100 orang maut, lapor media AS. – AFP, 9 Oktober, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen