UKRAINE melancarkan serangan balas terhadap tentera Rusia di wilayah selatan Kherson dan pertempuran sengit dilaporkan berlarutan antara kedua-dua pihak, menurut pihak berkuasa Ukraine.
PegawaI Ukraine pada Jumaat memaklumkan pasukan tenteranya berjaya menawan semula 29 penempatan di Kherson di kawasan seluas 400 kilometer persegi pada 1 hingga 6 Okt sejak serangan balas dilancarkan pada 29 Ogos.
Agensi Anadolu mendedahkan foto sebuah kampung yang ditawan semula tentera Ukraine di sempadan Kherson.
Kampung itu telah mengalami kerosakan teruk dan kebanyakan penduduk dilaporkan terpaksa meninggalkan rumah mereka. – Bernama, 8 Oktober, 2022.
Komen