Kanada larang lebih 10,000 pemimpin Pengawal Revolusi Iran masuk negaranya


Sejak beberapa minggu lepas Iran berdepan pergolakan besar-besaran rakyat terutama kaum wanitanya berikutan kematian dalam tahanan Mahsa Amini, 22, yang mencetus protes di kebanyakan bandar di seluruh dunia. – Gambar EPA, 8 Oktober, 2022.

Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau mengumumkan larangan ke atas lebih 10,000 pegawai dan anggota Kor Pengawal Revolusi Islam Iran masuk ke negaranya buat selama-lamanya.

KANADA pada Jumaat mengenakan larangan ke atas lebih 10,000 pemimpin kanan Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) termasuk Pasukan Quds elitnya susulan protes besar-besaran di negara itu.

“Larangan itu menjadikan 50 peratus pemimpin tertinggi IRGC, lebih 10,000 pegawai dan anggota kanannya tidak dibenarkan memasuki Kanada…,” kata Perdana Menteri Justin Trudeau.

Trudeau berkata mereka yang disenaraikan tu tidak dibenarkan memasuki Kanada selama-lamanya, lapor Agensi Anadolu.

Keputusan itu dibuat selepas 1,000 hari tragedi membabitkan Penerbangan 752 Ukraine International Airlines ditembak jatuh oleh IRGC semasa berlepas dari Tehran, membunuh semua 176 penumpang termasuk 57 warga Kanada dan penduduk tetap.

Sejak beberapa minggu lalu Iran berdepan pergolakan besar-besaran berikutan kematian Mahsa Amini, 22, pada bulan lepas.

Amini dilaporkan meninggal dunia pada 16 Sept selepas ditahan polis di Tehran kerana didakwa melanggar etika berpakaian.

Pegawai Iran mendakwa kematian Amini disebabkan serangan jantung tetapi keluarganya dan penunjuk perasaan mendakwa dia meninggal dunia akibat dipukul. – Bernama, 8 Oktober, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen