Penyanyi rap Oxxxymiron termasuk dalam senarai ejen asing, kata Rusia


Miron Fedorov atau nama pentasnya Oxxxymiron telah disenaraikan sebagai ejen asing susulan aktiviti politiknya dipercayai dibiayai oleh Ukraine, menurut laporan. – Gambar Facebook, 8 Oktober, 2022.

KEMENTERIAN Kehakiman Rusia mendedahkan penyanyi rap terkenal Miron Fedorov juga dikenali sebagai Oxxxymiron dan pengarang Dmitry Glukhovsky disenarai sebagai ejen asing, lapor Agensi Anadolu.

Profile.ru news pada Jumaat melaporkan Fedorov disenaraikan sebagai ejen asing susulan aktiviti politiknya dipercayai dibiayai oleh Ukraine.

Menurut laporan, Glukhovsky dan Fedorov antara yang lantang mengkritik operasi ketenteraan Rusia terhadap Ukraine. – Bernama, 8 Oktober, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen