Raja Thailand lawat mangsa tragedi tembak budak


Dilaporkan 24 kanak-kanak di pusat jagaan itu ketika seorang bekas pegawai polis menyerbu taska itu bersenjatakan pisau dan pistol serta membunuh isteri dan anaknya, sebelum membunuh dirinya sendiri. – Gambar Facebook, 7 Oktober, 2022.

RAJA Thailand pada Jumaat akan melawat mangsa yang terselamat daripada serangan senjata api dan pisau ke atas sebuah pusat jagaan kanak-kanak yang mengorbankan 37 nyawa, kebanyakannya kanak-kanak.

Raja Maha Vajiralongkorn akan bertemu keluarga yang tragedi di timur laut wilayah Nong Bua Lam Phu, begitu juga Perdana Menteri Prayut Chan-O-Cha, kata jurucakap kerajaan.

Thailand telah mula meratapi salah satu pembunuhan beramai-ramai yang paling dahsyat, dengan bendera di bangunan kerajaan diarah berkibar separuh tiang.

Bekas pegawai polis Panya Khamrab menyerbu taska kanak-kanak itu bersenjatakan pisau dan pistol serta membunuh isteri dan anaknya, sebelum membunuh dirinya sendiri.

Media tempatan melaporkan ketika kejadian guru sedang makan tengah hari manakala kanak-kanak itu tidur di beberapa bilik.

Terdapat 24 kanak-kanak di pusat itu semasa tragedi. Bilangan kanak-kanak agak sedikit pada hari itu kerana ramai tidak hadir kerana hujan lebat.

Pekerja penyelamat semalaman menghantar keranda ke hospital di Udon Thani dan bedah siasat dijadualkan pada pagi Jumaat.

Lelaki bersenjata berusia 34 tahun itu adalah bekas sarjan polis yang digantung kerja pada Januari dan dipecat pada Jun kerana menggunakan dadah.

Polis berkata dia akan menghadapi perbicaraan dadah pada Jumaat.

Tragedi itu berlaku kurang sebulan selepas dua anggota tentera terbunuh dan seorang cedera dalam kejadian tembakan di Kolej Tentera Diraja Thailand di daerah Dusit di Bangkok pada 14 September. – AFP, 7 Oktober, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen