KOREAN Air Lines Co hari ini menandatangani satu memorandum perjanjian kerjasama dengan Airbus Helicopters bagi membangunkan helikopter peninjau tanpa pemandu untuk tentera Korea Selatan, lapor Yonhap.
Di bawah perkongsian teknologi itu Korean Air akan membangunkan sebuah helikopter pengangkut tanpa pemandu dan sebuah helikopter tanpa pemandu untuk aktiviti peninjauan dan pengawasan pulau-pulau Korea Selatan berhampiran sempadan laut barat dengan Korea Utara, menurut syarikat itu dalam satu kenyataan.
Airbus Helicopters membangunkan sistem pengangkutan udara tanpa kru (UAS) VSR700 yang mempunyai keupayaan berlepas dan mendarat autonomi (ATOL).
Korean Air berhasrat untuk memasuki pasaran dunia untuk helikopter tanpa pemandu menerusi perkongsian dengan pengeluar pesawat Eropah.
Syarikat penerbangan negara itu membekalkan bahagian pesawat kepada Airbus sejak 1987. – Bernama, 6 Oktober, 2022.
Komen