Miti jangka prestasi pelaburan negara teruskan momentum 2021


Negara mencatatkan pelaburan berjumlah RM394 bilion pada tahun lepas, melebihi sasaran yang ditetapkan. – Gambar EPA, 6 Oktober, 2022.

KEMENTERIAN Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) menjangka momentum prestasi pelaburan negara pada tahun ini berdasarkan sasaran tahunan antara RM250 bilion dan RM300 bilion dapat dipertahankan melalui Dasar Pelaburan Baru di bawah Aspirasi Pelaburan Nasional (NIA). 

Menterinya Mohamed Azmin Ali berkata momentum itu dapat dipertahankan jika beberapa pembaharuan struktur dilakukan untuk memastikan dasar negara terikat dengan piawaian antarabangsa. 

Katanya negara mencatatkan pelaburan berjumlah RM394 bilion pada tahun lepas, melebihi sasaran yang ditetapkan, dipacu oleh pelaburan langsung asing dan projek yang meningkat bagi industri pembuatan serta elektrik dan elektronik. 

“Apa yang kita sasarkan melalui polisi baharu ini juga untuk bidang baharu dan kita tidak mahu pelaburan yang masuk ke negara ini berintensifkan tenaga kerja asing tetapi lebih kepada berteknologi tinggi,” katanya kepada media selepas melancarkan Dasar Pelaburan Baru di Kuala Lumpur, hari ini. – Bernama, 6 Oktober, 2022.  
   


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen