PRESIDEN Amerika Syarikat Joe Biden mengadakan lawatan ke kawasan yang dilanda Taufan Ian di Florida pada Rabu yang merupakan kawasan Republikan dan bakal lawannya pada 2024, Gabenor Ron DeSantis.
Pemimpin Demokrat itu ditemani oleh Wanita Pertama Jill Biden, menaiki helikopter di Fort Myers untuk pemantauan udara terhadap malapetaka yang berlaku dalam salah satu ribut terburuk pernah melanda negara itu.
“Segala-galanya—ribut yang bersejarah dan hebat yang tidak dapat dibayangkan ini telah menyebabkan kerosakan,” kata Biden dalam ucapan selepas menyaksikan kemusnahan. “Anda perlu bermula dari awal.”
Pihak berkuasa berkata sekurang-kurangnya 93 orang maut dalam Taufan Ian.
Ribut Kategori 4 meranapkan seluruh kawasan kejiranan di pantai barat Negeri Sunshine, memutuskan bekalan elektrik untuk berjuta-juta orang, dan kemudian menjadi lemah sebelum South Carolina dan ke Pantai Timur. – AFP, 6 Oktober, 2022.
Komen