Rusia mahu tingkat kerjasama sektor minyak, gas dengan Indonesia


Kementerian Luar Rusia berkata Moscow berhasrat untuk meluaskan kerjasama dengan Jakarta dalam sektor minyak dan gas. – Gambar EPA, 5 Oktober, 2022.

RUSIA berhasrat untuk meluaskan kerjasama dengan Indonesia dalam sektor minyak dan gas serta mewujudkan kemudahan pemprosesan, menurut Ketua Jabatan Asia Ketiga Kementerian Luar Rusia Nikolay Nozdrev.

Beliau berkata Moscow dengan kerjasama Asean, kini memberi tumpuan terhadap projek berkaitan pembangunan bersama dalam sektor minyak dan gas serta peningkatan kapasiti penapisan.

“Pengalaman seperti itu sudah wujud dengan Indonesia dan kerjasama dua hala dalam bidang ini akan diperluaskan,” kata diplomat itu.

Sementara itu, beliau mendakwa hampir semua negara Asean berminat untuk meningkatkan import hidrokarbon dari Rusia, lapor Sputnik.

Rusia menjadi Rakan Dialog Asean sejak 1996. – Bernama, 5 Oktober, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen