Inventori minyak masak mentah AS merosot, kata API 


Penganalisis menjangkakan kenaikan sebanyak 1.966 juta tong minyak mentah untuk minggu ini.– Gambar EPA, 5 Oktober, 2022.

INSTITUT Petroleum Amerika (API) pada Selasa melaporkan penurunan sebanyak 1.77 juta tong minyak mentah dalam inventori Amerika Syarikat (AS) bagi minggu berakhir 30 September, lapor Xinhua.

Penganalisis menjangkakan kenaikan sebanyak 1.966 juta tong untuk minggu ini.

API melaporkan lonjakan sebanyak 4.15 juta tong pada minggu sebelumnya.

Harga minyak meneruskan trajektori meningkat pada Selasa ketika peniaga menunggu mesyuarat penting Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum dan sekutunya yang dikenali sebagai OPEC+.

West Texas Intermediate (WTI) bagi penghantaran November meningkat AS$2.89 atau hampir 3.5 peratus untuk ditutup pada AS$86.52 setong di New York Mercantile Exchange.

Minyak mentah Brent untuk penghantaran Disember menambah AS$2.94, atau 3.3 peratus untuk ditutup pada AS$91.8 setong di Bursa Hadapan ICE London.

Pada Isnin, WTI dan Brent masing-masing melonjak 5.2 peratus dan 4.4 peratus. – Bernama, 5 Oktober, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen