SEORANG juruterbang Rusia dan anggota kru darat meninggal dunia semalam apabila pesawat yang dihantar Rusia kepada angkatan tentera Mali baru-baru ini terhempas berhampiran bandar utara Gao, kata seorang pegawai dan tentera.
Video yang diberikan kepada AFP oleh seorang saksi menunjukkan sebuah pesawat menjunam pada kelajuan tinggi sebelum terhempas dalam kepulan asap.
Seorang pegawai tentera yang tidak mahu namanya disiarkan berkata seorang juruterbang Rusia telah terbunuh.
Kakitangan am tentera berkata seorang juruterbang dan “anggota kru darat” maut tanpa memberikan kewarganegaraan mereka.
Seramai 10 lagi orang di mana dua orang awam dan lapan anggota tentera cedera dan dua parah, tambahnya.
Tentera sebelum ini mengesahkan sebuah pesawat terhempas berhampiran lapangan terbang Gao sekitar jam 9:30 pagi “dalam perjalanan pulang dari misi untuk menyokong penduduk awam”.
Tambahnya ia adalah Sukhoi Su-25 tetapi pegawai tentera sebelum ini mengenal pasti pesawat itu sebagai Albatros, model buatan Czechoslovakia era Soviet.
Kedua-duanya adalah antara peralatan yang dihantar Rusia kepada tentera Mali pada Ogos.
Pegawai itu berkata pesawat itu adalah salah satu daripada “pemerolehan baharu” tentera Mali.
Junta pemerintah Mali yang merampas kuasa pada Ogos 2020 berpaling daripada sekutu tradisional negara itu Perancis dan ke arah Rusia.
Mali berdepan pemberontakan jihad sejak 2012. Keganasan yang bermula di utara negara itu merebak ke tengah dan selatan Mali serta ke negara jiran Burkina Faso dan Niger. – AFP, 5 Oktober, 2022.
Komen