GRS sokong semua calon BN tanding PRU15, kata Ahmad Zahid


Kalidevi Mogan Kumarappa

Pengerusi Barisan Nasional Ahmad Zahid Hamidi berkata Gabungan Rakyat Sabah bersetuju menyokong semua calon BN yang akan bertanding pada PRU15 nanti, menambah yang ada tujuh lagi parti berminat untuk rapat dengan BN. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 4 Oktober, 2022.

PARTI Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah bersetuju untuk menyokong semua calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Presiden Umno.

Ahmad Zahid Hamidi berkata persetujuan itu dicapai selepas rundingan antara GRS dan BN.

“Kami amat menghargai keputusan GRS ini dan berharap keputusan ini akan direalisasikan,” katanya pada sidang media di PWTC.

Tambah pengerusi BN itu, terdapat tujuh lagi parti yang menyatakan kesediaan untuk menjadi rakan BN, berkata ia akan dimuktamadkan tidak lama lagi oleh kepimpinan tertinggi. – 4 Oktober, 2022.

MENYUSUL


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen