PUTERA Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman Al Saud semalam mengumumkan pelancaran Saudi Downtown Company bagi melaksnakan pembangunan bandar di seluruh negara, Xinhua memetik laporan Agensi Akhbar Saudi.
Bersama Saudi Public Investment Fund, syarikat itu akan membina dan membangunkan kawasan pusat bandar dan destinasi kegunaan bercampur di 12 bandar termasuk Al-Madinah, Al-Baha, Najran, Jizan, Taif dan Al-Jandal.
Ia akan membangunkan lebih daripada 10 juta meter persegi tanah secara keseluruhan menggabungkan pelbagai budaya tempatan dan motif seni bina tradisional serta teknologi canggih dalam setiap projek.
Syarikat itu akan berusaha untuk menambah baik infrastruktur di bandar-bandar terbabit dan membangunkan perkongsian dengan pelabur swasta dengan mewujudkan peluang perniagaan baharu dalam sektor peruncitan, pelancongan, hiburan dan perumahan. – Bernama, 4 Oktober, 2022.
Komen