PEMIMPIN junta Burkina Faso meletak jawatan semalam, kata ketua masyarakat dan agama, dua hari selepas pegawai tentera mengumumkan penggulingannya dalam rampasan kuasa yang mencetuskan ketegangan dan kutukan antarabangsa.
Leftenan Kolonel Paul-Henri Sandaogo Damiba menawarkan untuk meletak jawatan bagi mengelak konfrontasi dan akibat yang lebih serius, kata pemimpin masyarakat dan agama dalam satu kenyataan.
Ia susulan rundingan antara Damiba dan pemimpin baharu, Ibrahim Traore, kata mereka.
Sumber diplomatik dalaman berkata Damiba – yang turut melakukan rampasan kuasa pada Januari – melarikan di ke ibu kota Lome di Togo, semalam susulan negara miskin Afrika Barat itu mengalami rampasan kuasa kali kedua tahun ini.
Traore pada petang semalam mengumumkan beliau menerima sokongan ketua tentera untuk mewujudkan semula perjuangan anti pengganas.
Damiba menetapkan tujuh syarat untuk meletak jawatan, kata pemimpin masyarakat dan agama.
Ia termasuk jaminan keselamatannya dan sekutunya dalam tentera. – AFP, 3 Oktober, 2022.
Komen