TAUFAN Ian yang membadai tenggara Amerika Syarikat (AS) minggu lalu setakat ini meragut nyawa 62 mangsa, kata pihak berkuasa.
Ian, antara taufan paling kuat melanda AS, memusnahkan keseluruhan kawasan dan menyebabkan bekalan elektrik terputus selain tanah runtuh di pantai Florida pada rabu lalu.
Angin kuat dibawa ribut dan hujan lebat menyebabkan kawasan rendah tenggelam dengan operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan.
Selepas membadai Florida, Ian menuju Atlantik, tetapi berpusing kembali dan menyebabkan tanah runtuh sekali lagi di South Carolina sebagai ribut kategori 1, sementara membawa hujan lebat dan angina kuat di North Carolina.
Suruhanjaya Perubatan Florida berkata sebanyak 58 kematian disahkan akibat taufan itu, sementara gabenor North Carolina berkata empat maut kerana Ian.
Presiden Joe Biden akan melawat Puerto Rico hari ini bagi meninjau sendiri kerosakan akibat taufan Fiona yang melanda dua minggu lalu, sebelum ke memantau kemusnahan di Florida. – AFP, 3 Oktober, 2022.
Komen