MotoGP Thai ditunda akibat hujan lebat


Perlumbaan MotoGP Thailand pada asalnya sepatutnya bermula pada 3.00 petang tetapi ditunda 55 minit akibat hujan lebat. – Gambar EPA, 2 Oktober, 2022.

PERLUMBAAN MotoGP pertama Thailand sejak 2019 ditangguhkan susulan hujan lebat melanda litar Buriram, hari ini.

Acara itu pada asalnya sepatutnya bermula pada 3.00 petang (waktu Thailand) tetapi ditunda 55 minit.

Hujan lebat diramal melanda litar berkenaan dari Jumaat dan hari seterusnya, tetapi keadaan kering sehingga hari perlumbaan pada Ahad dan acara Moto2 sebelum ini turut terganggu.

Pelumba muda Itali, Marco Bezzecchi dijangka bermula di petak pertama untuk perlumbaan MotoGP bersama pelumba Sepanyol Jorge Martin dan pencabar kejuaraan Francesco Bagnaia berada di barisan hadapan.

Thailand tidak pernah menganjurkan MotoGP sejak 2019 berikutan pandemik Covid-19. – Bernama, 2 Oktober, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen