Lelaki didakwa tembak kanak-kanak di Liverpool 


POLIS dan pendakwa raya Britain pada Sabtu berkata mereka telah mendakwa seorang lelaki berusia 34 tahun atas pembunuhan seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun.

Kanak-kanak malang itu ditembak mati di rumahnya di Liverpool, barat laut England, Ogos lalu.

Olivia Pratt-Korbel ditembak di dada pada 22 Ogos apabila penjenayah terbabit menceroboh masuk ke dalam rumahnya untuk cuba melarikan diri dari penyerangnya, dalam apa yang disifatkan sebagai insiden perang kumpulan.

Kematiannya yang merupakan kejadian tembakan maut ketiga di bandar berkenaan dalam tempoh seminggu pada masa itu, menggemparkan negara dan mendorong seruan untuk tindakan lebih besar untuk menangani senjata api dan jenayah terancang.

Polis Merseyside dalam satu kenyataan berkata Thomas Cashman, dari pinggir bandar Liverpool di West Derby, telah didakwa atas pembunuhan gadis muda itu “berdasarkan siasatan yang meluas dan kompleks”.

Pasukan itu juga telah mendakwanya atas cubaan membunuh ibu gadis itu Cheryl Korbel dan Joseph Nee, seorang pencuri yang disabitkan kesalahan, menurut Crown Prosecution Service (CPS), yang membawa pertuduhan di England dan Wales.

Cashman berdepan dua lagi pertuduhan memiliki senjata api dengan niat untuk membahayakan nyawa.

Paul Russell, 40, dari pinggir bandar yang sama, turut didakwa kerana membantu pesalah, tambah polis.

Kedua-dua lelaki itu akan hadir di Mahkamah Majistret Liverpool pada hari Isnin.

CPS berkata ia telah membenarkan pertuduhan itu “berikut semakan fail bukti yang diterima daripada Polis Merseyside”.

Ketua Detektif Superintendan Mark Kameen berkata siasatannya “berterusan dengan bersungguh-sungguh”.

“Saya akan meminta sokongan berterusan anda supaya kami dapat mengotakan janji yang kami buat kepada keluarga Olivia dan masyarakat setempat untuk memastikan mereka yang terlibat berdepan dengan keadilan,” tambahnya, sambil menyatakan maklum balas setakat ini adalah “luar biasa”.

Kameen berkata mereka yang masih diburu termasuk “orang yang telah cuba melindungi individu, dan mereka yang telah membekalkan senjata itu atau menyembunyikan senjata yang digunakan dalam insiden ini”. – AFP, 2 Oktober, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen