PRESIDEN Ukraine Volodymyr Zelensky berjanji untuk merampas semula lebih banyak kawasan di wilayah timur Donbas daripada tentera Rusia.
“Sepanjang minggu ini, lebih banyak bendera Ukraine telah dinaikkan di Donbas. Akan ada lebih banyak lagi dalam seminggu,” katanya dalam ucapan malamnya.
Beliau bercakap selepas Kyiv berkata tenteranya telah mula bergerak ke bandar utama Lyman di timur dan kementerian pertahanan menyiarkan video askar memegang bendera Ukraine kuning dan biru di sana.
Kementerian pertahanan Rusia berkata ia telah mengundurkan tentera dari bandar itu ke kedudukan yang lebih baik.
Zelensky memberitahu rakyat Rusia mereka akan “dibunuh satu demi satu” selagi Presiden Vladimir Putin, yang mengarahkan pencerobohan Ukraine pada Februari, kekal.
“Sehingga anda semua menyelesaikan masalah dengan orang yang memulakan semuanya, yang memulakan perang tidak masuk akal ini menentang Ukraine, anda akan terbunuh satu demi satu,” katanya sambil menggelar perang itu sebagai “kesilapan bersejarah bagi Rusia”. – AFP, 2 Oktober, 2022.
Komen