Ubat baharu Eisai berkesan untuk Alzheimer


Keputusan percubaan ubat Alzheimer keluaran Eisai menunjukkan kesan ketara secara statistik, termasuk memperlahan perkembangan simptom sebanyak 27% berbanding pesakit yang diberi plasebo. – Gambar fail The Malaysian Insight, 29 September, 2022.

PENGELUAR ubat Jepun, Eisai Co. dan syarikat biofarmaseutikal Amerika Syarikat, Biogen Inc., pada Rabu memaklumkan ubat Alzheimer yang mereka bangunkan bersama, didapati berkesan memperlahan kemerosotan simptom dalam ujian klinikal tahap akhir.

Eisai merancang untuk memohon kelulusan kawal selia dadah, lecanemab, di Jepun, Amerika Syarikat dan Eropah menjelang akhir Mac 2023, lapor Jiji Press.

Percubaan klinikal tahap akhir dijalankan ke atas 1,795 orang. 

Keputusan percubaan menunjukkan kesan ketara secara statistik, termasuk memperlahan perkembangan simptom sebanyak 27% berbanding pesakit yang diberi plasebo, menurut syarikat itu.

Aducanumab, satu lagi ubat untuk penyakit Alzheimer, yang dibangunkan bersama oleh Eisai dan Biogen, diluluskan Pentadbiran Makanan dan Ubatan AS pada Jun tahun lepas. Namun keberkesanannya dipersoalkan. – Bernama, 29 September, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen