KKM lapor 2,445 kes baharu Covid-19, 2 kematian


Elill Easwaran

Sebanyak 1,613 kes pulih Covid-19 dicatat semalam. – Gambar fail The Malaysian Insight, 29 September, 2022.

SEBANYAK 2,445 kes baharu Covid-19 direkodkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan dalam negara kini meningkat kepada 4,837,00 kes, menurut Kementerian Kesihatan (KKM).

Selangor catat kes baharu tertinggi iaitu 990 kes, diikuti Kuala Lumpur (441) dan Perak (184).

Semalam juga sebanyak dua kematian akibat Cocid-19 dilaporkan, masing-masing satu di Sabah dan Perak. Data KKM menunjukkan jumlah kematian kini 36,365 orang.

Sementara itu seramai 41 pesakit Covid-19 ditempatkan di unit rawatan rapi, dengan 22 orang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 1,613 kes pulih dicatat semalam. β€“ 29 September, 2022.     


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen