Protes rakyat Iran masuki hari kesepuluh 


Penunjuk perasaan bertempur dengan pihak berkuasa Iran di Tehran ketika membantah kematian Mahsa Amini yang maut ketika dalam tahanan polis. – Gambar EPA, 26 September Ogos, 2022.

PROTES rakyat Iran kini memasuki hari kesepuluh berturut-turut bagi membantah kematian wanita Kurdish, Mahsa Amini ketika dalam tahanan polis.

Sekurang-kurangnya 41 orang maut sejak pergolakan bermula, kebanyakannya mangsa adalah penunjuk perasaan termasuk anggota pasukan keselamatan republik Islam itu, menurut angka rasmi, walaupun sumber lain mengatakan angka sebenar lebih tinggi.

Hak Asasi Manusia Iran (IHR) yang berpangkalan di Oslo pada petang Ahad berkata jumlah sebenar kematian sekurang-kurangnya 57, namun mereka menyatakan pemadaman di internet menyebabkan sukar untuk menentukan angka sebenar jumlah kematian dalam protes yang kini merebak ke beberapa bandar lain.

Ketua badan kehakiman Gholamhossein Mohseni Ejei pada Ahad yang menyuarakan amaran awal oleh Presiden Ebrahim Raisi, berkata pihak berkuasa menekankan keperluan untuk tindakan tegas tanpa kelonggaran terhadap pencetus utama rusuhan, kata laman web badan kehakiman Mizan Online.

Ratusan penunjuk perasaan, aktivis reformis dan wartawan telah ditangkap di tengah-tengah demonstrasi yang kebanyakannya berlaku pada waktu malam sejak pergolakan pertama kali tercetus selepas kematian Amini pada 16 September.

Amini telah ditahan tiga hari sebelum itu kerana didakwa melanggar peraturan mewajibkan pemakaian hijab dan mengharamkan, antara lain, seluar jeans koyak dan pakaian berwarna terang.
– AFP, 26 September Ogos, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen