Kes baharu Covid-19 jatuh bawah 2,000


Elill Easwaran

Laman web CovidNow menunjukkan jumlah keseluruhan kes naik kepada 8,830,214 sejak pandemik bermula pada Mac 2020. – Gambar fail The Malaysian Insight, 25 September, 2022.

MALAYSIA melaporkan 1,924 kes baharu Covid-19 semalam, berbanding dengan 2,070 kes dilaporkan kelmarin.

Laman web CovidNow menunjukkan jumlah keseluruhan kes naik kepada 8,830,214 sejak pandemik bermula pada Mac 2020.

Selangor merekodkan jumlah kes baharu tertinggi semalam dengan 564 kes diikuti oleh Kuala Lumpur (466) dan Perak (155).

Negeri lain yang turut melaporkan kes baharu adalah Sabah (153), Pulau Pinang (98), Melaka (87), Negeri Sembilan (80), Sarawak (76), Kedah (62), Pahang (49), Johor (46), Kelantan (35), Terengganu (23), Putrajaya (22), Perlis (5), dan Labuan (4).

Tiga lagi kes kematian turut dilaporkan semalam, termasuk satu kes kematian dibawa ke hospital (BID).

Jumlah korban wabak kini adalah 36,348 orang.

Jumlah pesakit Covid-19 yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 51 orang dengan 28 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan. – 25 September, 2022.

Laman web CovidNow menunjukkan jumlah keseluruhan kes naik kepada 8,830,214 sejak pandemik bermula pada Mac 2020. – Gambar fail The Malaysian Insight, 25 September, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen