Rokok seludup bernilai RM1.9 juta dirampas di Johor


POLIS Johor berjaya merampas rokok seludup bernilai RM1.9 juta yang dibawa dalam sebuah lori di lampu isyarat simpang empat, Jalan Sungai Rengit di Kota Tinggi, awal hari ini.

Dalam pemeriksaan pada jam 1.30 pagi oleh Unit Risikan Pasukan Simpinan Persekutuan (FRU) dan Unit Berkuda FRU Bukit Aman, sebanyak 223 kotak rokok putih dan kretek tanpa cukai kastam ditemukan dalam lori jenis Hino dipandu seorang lelaki berusia sekitar 40-an.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Hussin Zamora, berkata polis turut menahan seorang lelaki berusia 20-an yang bertindak sebagai tonto dan memandu kereta Toyota Vios tanpa sebarang muatan.

“Hasil pemeriksaan di dalam ruang belakang lori menjumpai 131 kotak besar rokok putih jenama Zon King dan 92 kotak besar rokok kretek jenama LA Bold yang disyaki tidak bercukai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, berdasarkan siasatan awal mendapati rokok berkenaan diseludup dari negara luar melalui jalan laut. – Bernama, 24 September, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen