KKM lapor 2,070 kes baharu Covid-19, 3 kematian


Jumlah jangkitan Covid-19 dalam negara kini meningkat kepada 4,828,290 kes sejak pandemik melanda. – Gambar fail The Malaysian Insight, 24 September, 2022.

SEBANYAK 2,070 kes baharu Covid-19 direkodkan semalam berbanding 2,245 yang dicatat kelmarin, menurut Kementerian Kesihatan (KKM).

Data KKM di laman web CovidNow menunjukkan jumlah keseluruhan jangkitan dalam negara kini meningkat kepada 4,828,290 kes sejak pandemik melanda.

Selangor catat kes baharu tertinggi iaitu 592 kes, diikuti Kuala Lumpur (392) dan Perak (226).

Semalam juga sebanyak tiga kematian akibat Covid-19 dilaporkan, dengan satu daripadanya berlaku di luar hospital (BID). Data KKM menunjukkan jumlah kematian kini mencecah 36,345 kes.

Daripada 3 kematian semalam, dua dicatat di Johor manakala satu lagi di Perak.

Sementara itu, seramai 54 pesakit Covid-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi, dengan 33 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan. – 24 September, 2022.     


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen