Komen kebersihan Sungai Nil, penyanyi Mesir dipenjara 6 bulan


Penyanyi Mesir, Sherine Abdel Wahab memohon maaf setelah dirakam bergurau dengan penonton konsertnya yang air dari Sungai Nil boleh menyebabkan mereka sakit. – Gambar Instagram, 28 Februari, 2018.

MAHKAMAH Mesir menjatuhkan hukuman penjara enam bulan kepada bintang pop Sherine pada Selasa kerana mengatakan tindakan meminum air dari Sungai Nil akan menyebabkan penyakit.
Bagaimanpun, dia masih bebas sementara menunggu rayuan.

Sherine Abdel Wahab, yang dikenali sebagai Sherine, memohon maaf setelah dirakam bergurau dengan penonton konsertnya yang air dari Sungai Nil boleh memberi mereka parasit.

Mahkamah di Kaherah mensabitkan dia menyebarkan “berita palsu”. Pegawai kehakiman berkata dia akan tetap bebas dengan jaminan sementara menunggu rayuan.

Sherine adalah salah seorang penyanyi terkenal di rantau ini yang juga seorang pelakon dan menjadi pengacara pertandingan “The Voice” versi Arab.

Dalam rakaman video konsert, Sherine diminta oleh peminat menyanyikan lagu “Have You Ever Drunk From the Nile”.

Dia menjawab yang meminum air dari sungai boleh menyebabkan “bilharzia”, ​​nama bagi penyakit schistosomiasis parasit yang pernah tersebar di Mesir.

“Sebaliknya, minum Evian,” dia bergurau.

Dia kemudian meminta maaf dalam postingnya di Facebook.

Kemudian pada Selasa, mahkamah di Kaherah menjatuhkan hukuman penjara dua tahun kepada seorang lagi penyanyi, Leila Amer kerana “menghasut perbuatan tidak bermoral” dalam video muzik dengan konotasi seksual, kata seorang pegawai kehakiman. – AFP, 28 Februari, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen