1,307 kes baharu Covid, 5 kematian, lapor KKM


Ravin Palanisamy

Kes aktif menurun kepada 25,083 semalam apabila 1,830 pesakit pulih daripada Covid. – Gambar fail The Malaysian Insight, 20 September, 2022.

NEGARA mencatatkan 1,307 kes baharu Covid-19 semalam, lapor Kementerian Kesihatan (KKM), terendah sejak tiga bulan.

Jumlah jangkitan semalam itu sekali gus menjadikan kes terkumpul sejak pandemik melanda kepada 4,820,197.

Kali terakhir Malaysia melaporkan lebih sedikit jangkitan berbanding semalam ialah pada 7 Jun dengan 1,128 kes.

Lima kematian dilaporkan semalam iaitu tiga di Johor dan masing-masing satu di Kedah dan Sabah, menjadikan jumlah maut akibat Covid kepada 36,317.

Selangor mencatatkan jumlah kes terbanyak dengan 312, diikuti Kuala Lumpur (200) dan Sabah (144).

Negeri Sembilan melaporkan 123 kes, Perak (119), Kedah (78), Kelantan (58), Johor (51), Pulau Pinang (50), Sarawak (50), Melaka (37), Terengganu (34), Pahang (27), Putrajaya (17), Perlis (5) dan Labuan (2).

Kes aktif menurun kepada 25,083 semalam apabila 1,830 pesakit telah pulih daripada Covid.

Antara kes aktif, 23,866 (95.1%) kuarantin di rumah, dua (0.1%) di pusat kuarantin dan rawatan berisiko rendah, manakala 1,160 (4.8%) di hospital.

Terdapat 55 pesakit di unit rawatan rapi yang mana 36 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan. – 20 September, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen