KKM lapor 1,639 kes baharu Covid-19, 4 kematian


Ravin Palanisamy

Seramai 60 pesakit Covid-19 ditempatkan di unit rawatan rapi semalam, menurut KKM. – Gambar fail The Malaysian Insight, 19 September, 2022.

SEBANYAK 1,639 kes baharu Covid-19 direkodkan semalam, naik sedikit berbanding 1,572 kes yang dilaporkan kelmarin, menurut Kementerian Kesihatan (KKM).

Data KKM di laman web CovidNow menunjukkan jumlah keseluruhan jangkitan dalam negara kini meningkat kepada 4,818,890 kes sejak pandemik melanda.

Selangor catat kes baharu tertinggi iaitu 659 kes, diikuti Kuala Lumpur (295) dan Sabah (137).

Semalam juga sebanyak empat kes akibat jangkitan Covid-19 direkodkan, masing-masing satu kes di Selangor, Sabah, Perak dan Melaka. Ini menjadikan jumlah kematian kini meningkat kepada 36,312 orang setakat ini.

Sementara itu jumlah kes aktif turun kepada 25,611, dengan 1,143 individu dirawat di hospital. 

Seramai 60 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi. Daripada jumlah itu, 39 memerlukan alat bantuan pernafasan. – 19 September, 2022.     


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen