Lampu Piramid Louvre Paris dimatikan awal untuk jimat tenaga


Lampu di Piramid Louvre di Perancis akan dimatikan dua jam lebih awal berbanding 1 pagi sebelum ini sebagai isyarat simbolik republik itu untuk menjimatkan tenaga. – Gambar EPA, 18 September, 2022.

PARIS akan mematikan lampu di Piramid Louvre lebih awal mulai Sabtu, menurut Menteri Kebudayaan Perancis sebagai “isyarat simbolik” untuk menjimatkan tenaga.

Piramid daripada kaca dan keluli di luar Muzium Louvre itu diterangi dari dalam sehingga 1 pagi setiap malam. Menteri Rima Abdul Malak dalam rancangan pagi di saluran televisyen France 2 berkata pencahayaan itu akan dihentikan dua jam lebih awal daripada biasa, kata Sputnik.

“Kami akan mematikan lampu lebih awal di Piramid Louvre mulai malam ini. Louvre akan gelap pada 11 malam berbanding 1 pagi sebelum ini,” katanya.

Mulai minggu depan, Istana Versailles akan gelap pada 11 ​​malam, sejam lebih awal daripada biasa. Sementara lampu di Menara Eiffel yang menjadi ikonik Paris akan dimatikan pada 11.45 malam berbanding 1 pagi, mulai 23 September. – Bernama, 18 September, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen