2 tentera Nigeria terbunuh dalam serangan Boko Haram 


Serangan kumpulan pemberontak Boko Haram menyebabkan 200,000 nyawa terkorban di Nigeria sejak 2009. – AFP, 27 Februari, 2018.

DUA tentera Nigeria terbunuh manakala empat lagi cedera dalam kejadian serangan hendap oleh militan Boko Haram di timur laut negeri Borno, kata tentera pada Selasa. 

Serangan pada Isnin itu berlaku ketika tentera dalam perjalanan antara bandar Biu dan Damboa. 

Negeri Borno merupakan lokasi utama pemberontak yang telah membunuh kira-kira 200,000 orang dan menyebabkan 2.6 juta orang hilang tempat tinggal sejak 2009. 

“Anggota kami terbunuh dalam serangan oleh pengganas Boko Haram ketika mereka dalam perjalanan dari Biu ke Damboa,” kata seorang pegawai tentera kepada AFP. 
 
“Mereka menyerang pengganas terbabit dan dua anggota kami terbunuh dalam pertempuran itu.”

Kenderaan tentera turut dirampas dalam serangan berkenaan, tambahnya. – AFP, 27 Februari, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen