PRU15 tidak lama lagi, kata Ismail Sabri


Noel Achariam

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata, Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan diadakan selepas perbincangan dengan Pengerusi Barisan Nasional Ahmad Zahid Hamidi. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 17 September, 2022.

PENGUMUMAN pilihan raya umum akan dibuat dalam masa terdekat, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, rakyat perlu menunggu sedikit masa lagi kerana Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan diadakan selepas perbincangan dengan Pengerusi Barisan Nasional Ahmad Zahid Hamidi.

“Percayalah. Sedikit lagi (penantian itu). Ia tidak lama lagi.

“Lima pemimpin tertinggi BN ada di sini. Insya-Allah kita akan berjumpa tidak lama lagi untuk berbincang,” katanya semasa pelancaran jentera pemuda Barisan Nasional di Stadium Titiwangsa di Kuala Lumpur hari ini.

“Apa yang penting ialah apabila Parlimen dibubarkan dan PRU15 diadakan… kita mesti menang,” tambah Ismail Sabri.

Sementara itu, Zahid berkata, pilihan raya umum akan datang tidak perlu lagi ditangguhkan.

“Kami tidak mempunyai sebarang isu peribadi selagi PRU15 selesai tahun ini.

“PM mendengarnya dengan lantang dan jelas. Saya yakin beliau mendapat isyarat jelas (untuk memberi laluan kepada pilihan raya).”

Pengerusi Barisan Nasional Ahmad Zahid Hamidi berkata, pilihan raya umum akan datang tidak perlu lagi ditangguhkan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 17 September, 2022.

Pengerusi BN itu juga berkata beliau sudah membincangkan isu-isu berkaitan pilihan raya berkali-kali.

“Ya, kita diberi mandat (bila pilihan raya akan diadakan).

“Kami membincangkan perkara ini berkali-kali. PM, jangan tunggu lagi.”

Beliau turut menambah jentera pilihan raya parti sudah bersedia sekiranya PRU15 diadakan esok.

“Kami sudah bersedia dan kami sedang mencari kemenangan untuk semua calon kami. Kami mempunyai solidariti antara semua pihak dan bekerjasama.”

Menurut data pendaftaran BN, kira-kira 10,000 belia menghadiri majlis tersebut.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Pemuda BN Asyraf Wajdi Dusuki, Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan, Presiden MCA Wee Ka Siong dan Presiden MIC S.A. Vigneswaran. – 17 September, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen