Pakar politik tolak cadangan tetapkan penggal Parlimen


Desmond Davidson

Pakar politik berkata Parlimen yang mempunyai penggal yang sudah ditetapkan tidak semestinya tamatkan permainan politik tetapi mungkin menyaksikan lebih ramai menteri habiskan masa terlibat politik dalam usaha untuk dicalonkan semula. – Gambar fail The Malaysian Insight, 17 September, 2022.

CADANGAN Ahli Parlimen Bandar Kuching  Kelvin Yii agar Parlimen mempunyai penggal tetap, yang menurutnya diperlukan bagi “menamatkan permainan meneka tarikh pilihan raya diadakan”, ditolak oleh pakar.

Mereka berpendapat sistem sedia ada sudah bagus dan dan tidak perlu diubah.

Mereka berkata Parlimen yang mempunyai tempoh tetap tidak semestinya akan menamatkan permainan politik tetapi mungkin juga menyaksikan lebih ramai menteri menghabiskan masa terlibat politik dalam usaha untuk dicalonkan semula.

Yii mengemukakan idea itu dengan tarikh pilihan raya umum sudah ditetapkan pada permulaan penggal Parlimen.

Ketua kebangsaan Dapsy itu berkata amalan meneka tarikh pilihan raya umum diadakan bukan sahaja menimbulkan banyak ketidaktentuan tetapi juga memudaratkan kepentingan negara secara keseluruhan.

Ahli Parlimen DAP itu berkata, negara terpaksa bergantung “kepada politik dalaman parti tunggal” dengan permainan meneka tarikh pilihan raya ini, merujuk kepada pengumuman

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini yang mesyuarat lima pemimpin tertinggi Umno untuk membincangkan Pilihan Raya Umum ke-15 yang dijadualkan esok ditangguhkan ke tarikh akan datang.

“Ketidaktentuan sebegini merugikan negara. Keputusan berjuta-juta, daripada pelabur dan pengurus dana sehingga kepada anggota polis dan guru yang merancang percutian keluarga mereka, bergantung kepada keputusan seseorang atau parti untuk mengadakan pilihan raya,” kata Yii.

Beliau menambah kalendar pilihan raya yang tidak pasti tidak baik untuk pertumbuhan ekonomi.

Ahli akademik Universiti Putra Malaya Jayum Jawan berkata tiada apa yang salah dengan sistem Parlimen diamalkan Malaysia sekarang dan oleh itu tiada apa yang perlu diperbaiki.

“Anda tidak membakar kelambu untuk membunuh seekor nyamuk,” katanya, memetik pepatah popular tempatan.

Jawan mengakui terdapat undang-undang, seperti undang-undang antilompat parti untuk menghalang ahli Parlimen bertukar parti mengikut kehendak mereka, diperkenalkan bukan kerana sistem itu rosak. – 17 September, 2022.

Berita penuh di sini



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen