Presiden Singapura hadiri pemakaman Ratu Elizabeth II


Presiden Singapura Halimah Yacob akan menghadiri istiadat pemakaman negara Ratu Elizabeth II pada 19 September di London. – Gambar fail EPA, 16 September, 2022.

PRESIDEN Singapura Halimah Yacob akan mewakili republik itu untuk menghadiri istiadat pemakaman negara Ratu Elizabeth II pada 19 September di London, menurut kenyataan Kementerian Luar (MFA) pada Khamis.

Beliau akan ditemani suaminya Mohamed Abdullah Alhabshee, pegawai dari pejabat presiden dan MFA.

Sepanjang ketiadaan beliau, pengerusi majlis penasihat presiden, Eddie Teo akan menjalankan fungsi pejabat presiden, menurut kenyataan itu.

Ratu Elizabeth II mangkat pada 8 September dan baginda adalah raja kedua paling lama menduduki takhta dalam sejarah Eropah selepas Raja Louis XIV dari Perancis. – Bernama, 16 September, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen