Bomba selamatkan kanak-kanak mangsa dera


SEORANG kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun dipercayai mangsa dera diselamatkan bomba di sebuah kondominium Jalan Cahaya, Ampang di Kuala Lumpur hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata kanak-kanak warga tempatan yang dikurung dalam bilik itu cuba melarikan diri melalui tingkap di tingkat empat kondominium berkenaan.

“Kejadian tersebut disedari oleh orang awam dan pengawal keselamatan bertindak memecahkan pintu rumah sebelum ketibaan bomba.

“Kanak-kanak itu diselamatkan dan dipercayai didera. Kes diserahkan kepada pihak polis,” katanya ketika dihubungi malam ini. – Bernama, 16 September, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen