Biskop diganggu, persatuan gereja cadang lapor polis


Desmond Davidson

Biskop Simon Peter Poh dilindungi oleh sekumpulan pemuda Islam ketika keluar dari Mahkamah Persekutuan di Kuching hari ini. – Gambar The Malaysian Insight, 27 Februari, 2018.

PERSATUAN Gereja-gereja Sarawak (ACS) mungkin akan membuat laporan polis selepas Biskop Katolik Simon Peter Poh diganggu oleh sekumpulan pemuda Islam di luar Mahkamah Persekutuan di Kuching hari ini.

Persatuan itu juga melahirkan rasa terkejut dan sedih mengenai kejadian itu kepada Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) di Pejabat Ketua Menteri.

Pengerusi ACS, Rev Justin Wan berkata persatuan itu harus bersetuju untuk membuat laporan polis terhadap “gangguan dan perbuatan yang tidak diingini oleh pihak ketiga di dalam dan di luar mahkamah” serta meminta kerajaan negeri supaya menyiasat insiden itu agar ia tidak berulang lagi.

Wan yang juga ketua gereja Sidang Injil Borneo (SIB) Sarawak berkata pihak berkuasa mesti mengambil tindakan ke atas mereka yang “mencetus kejadian yang tidak diingini ini”.

“Perbuatan kasar dan gangguan ini dikesali dan menggugat rasa kasih sayang rakyat Sarawak,” kata Wan.

Sekumpulan pemuda Islam yang tidak mampu mengawal perasaan melaungkan “Allahu Akbar” ketika Poh keluar daripada sebuah pendengaran kes rayuan permohonan murtad oleh tiga orang mualaf dan seorang wanita Melayu di Mahkamah Kuching hari ini.

Mahkamah Perselutuan mengetepikan rayuan tersebut kerana mendakwa Mahkamah Syariah Kuching tidak mempunyai bidang kuasa mendengar permohonan murtad itu.

Apabila gangguan itu bermula, sekumpulan pemuda Islam lain serta-merta membentuk kepungan mengelilingi Poh dan melindunginya. – 27 Februari, 2018.

Berita penuh di sini. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen